Photobucket Photobucket

Tuesday, December 11, 2012

Cara Mengawal Emosi Cemas Dan Sedih

♡ Assalamualaikum w.b.t

Malam ni aku rasa sedih sangat-sangat :'( sampai tak boleh kawal emosi aku ni. Then aku pergi ruang tamu nak tengok tv kot-kot lah boleh hilangkan kesedihan di hati ni kan tapi aku ternampak buku yang abah aku beli bertajuk "Perubatan Cara Nabi Pasti Sihat" aku baca ada cara mengawal kesedihan yang amat sangat ni. So, aku nak share sikit ilmu ni untuk korang. :)

♡ Perhatikan perbezaan antara cemas dan sedih. Cemas melibatkan sesuatu yang diharapkan datang atau pergi sedangkan sedih berkaitan sesuatau yang telah berlaku atau terjadi. Nabi SAW selalu memohon perlindungan kepada Allah pada akhir doa untuk membebaskan diri daripada rasa cemas dan sedih.

♡ Tentang rasa sedih, perasaan ini berkaitan dengan keadaan semasa. Bagi golongan yang selalu dirundung kesedihan, dinasihatkan supaya menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang terganggu perasaannya, hendaklah dia mengambil busur panahnya."

♡ At-Tirmizi merekodkan hadis berikut daripada Abu Hurairah: "Sekiranya ada sesuatu yang merisaukan hati Nabi SAW, baginda akan menadah tangannya ke langit dan mengucap subhanaallah al-'azhim (Maha Suci Allah Yang Maha Besar)."

♡ Jadi kesimpulannya, kawan-kawan yang tengah sedih ni, jangan terlalu layan perasaan sedih sehingga lalai melakukan kerja yang patut korang lakukan. Jika kita amalkan apa yang Nabi SAW buat InshaAllah semuanya akan okay :) Jangan sedih-sedih tau? senyum sikit :) kbai

No comments :

 
Don't you dare to copy anything in this blog! | Alright reserved by SITI NUR AISAH